Ahad, Februari 28, 2010

ANTONIM

1 Dia nampak sahaja bijak tetapi itu bukanlah sifatnya yang sebenar.
Perkataan berlawan bagi bijak ialah

A degil
B nakal
C dungu
D lancut

2 Pemuda itu telah mengaku segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Perkataan berlawan bagi mengaku ialah

A melawan
B menindas
C mengamuk
D menyangkal

3 Anjing di rumah Wong sungguh galak.
Perkataan berlawan bagi galak ialah

A liar
B jinak
C mesra
D garang

4 Kerepek udang yang dibelinya itu sungguh rangup rasanya.
Perkataan berlawan bagi rangup ialah

A liat
B keras
C rapuh
D lemau

5 Kehidupan keluarga itu sungguh bahagia sejak tahun lepas.
Perkataan berlawan bagi bahagia ialah

A enak
B daif
C kaya
D berharta

6 Mereka menyetujui pendapat yang dikemukakan oleh ketuanya.
Perkataan berlawan bagi menyetujui ialah

A melarang
B menambah
C mencadang
D membantah

7 Ketika saya sampai, perlawanan hoki itu sudah bermula.
Perkataan berlawan bagi bermula ialah

A berlanjutan
B berterusan
C berakhir
D berjaya

8 Pemuda itu akhirnya ditangkap apabila siasatan terperinci dijalankan.
Perkataan berlawan bagi ditangkap ialah

A dibebaskan
B dileraikan
C dihukum
D dituntut

9 Suzita enggan menandatangani perjanjian dengan syarikat itu sebagai pekerja tetap.
Perkataan berlawan bagi enggan ialah

A tertarik
B selesa
C yakin
D sudi

10 Dia menjawab soalan ujian itu dengan yakin.
Perkataan berlawan bagi yakin ialah

A akur
B sabar
C wajar
D sangsi

11 Ayah mengikat tali pada pokok jambu di belakang rumah.
Perkataan berlawan bagi mengikat ialah

A menyimpul
B mencabut
C mengerat
D mengurai

12 Luka di lutut Aidil semakin pulih setelah disapu ubat yang berwarna kuning itu.
Perkataan berlawan bagi pulih ialah

A pedih
B teruk
C ngilu
D banyak

13 Pengembara itu tiba di Kampung Sentosa pada waktu senja.
Perkataan berlawan bagi senja ialah

A pagi
B fajar
C malam
D tengah hari

14 Bunga ros di halaman rumah Puan Suraya sudah kembang.
Perkataan berlawan bagi kembang ialah

A kuncup
B mekar
C kecil
D lara

15 Ramai pekerja sementara yang bertugas di syarikat itu.
Perkataan berlawan bagi sementara ialah

A lama
B tetap
C akhir
D semula

16 Mak Limah membeli sebuah televisyen dengan bayaran secara tunai.
Perkataan berlawan bagi tunai ialah

A borong
B tender
C runcit
D ansur

17 Air sungai di tepi rumah datuk kelihatan keruh pada waktu pagi.
Perkataan berlawan bagi keruh ialah

A likat
B pekat
C jernih
D keladak

18 Sifatnya yang angkuh itu menjadi bualan umum.
Perkataan berlawan bagi angkuh ialah

A sombong
B gopoh
C ramah
D selesa

19 Air tasik itu kelihatan berkocak semenjak saya tiba.
Perkataan berlawan bagi berkocak ialah

A sepi
B beriak
C tenang
D bergelombang

20 Tanaman sayur-sayuran di kebun Pak Lazim kelihatan subur belaka.
Perkataan berlawan bagi subur ialah

A bantut
B goyah
C kering
D kecil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan