Ahad, Februari 28, 2010

KATA NAMA 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kassim kecewa kerana __________ nya memasuki sekolah berasrama penuh telah ditolak.

A perhubungan
B pelawaan
C pertolongan
D permohonan


2 Kakak menggunakan __________ kain yang bersih untuk membalut kakinya yang luka

A ceraian
B carikan
C cebisan
D cantuman


3 Ketua Kampung telah mengarahkan semua __________ di situ supaya berpindah ke pusat pemindahan banjir dengan segera.

A penjaga
B pembeli
C pengadu
D penduduk


4 Orang yang bertubuh tinggi itulah __________ kampung ini.

A peladang
B pengarah
C penghulu
D pengerusi


5 Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat __________ yang berhampiran kampung mereka.

A pelarian
B penantian
C pemindahan
D pertolongan


6 Amirul menawar harga __________ yang hendak dibelinya kepada penjual.

A barangan
B jualan
C pameran
D lelongan


7 __________ itu berjalan kaki sekeliling kampung sambil membimbit barangan untuk ditunjukkan kepada pembeli.

A Jurujual
B Juruhias
C Jurulelong
D Jurusaji


8 Mak Limah gembira apabila __________ di gerainya telah diborong oleh pembeli itu.

A belian
B jualan
C sewaan
D bayaran


9 Setiap malam anggota polis membuat __________ di taman perumahan itu.

A jalanan
B sekatan
C rondaan
D sambutan


10 Pasukan pendaki gunung yang tersesat itu telah diselamatkan oleh pasukan __________.

A pengasih
B pembekal
C pemimpin
D penyelamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan