Ahad, Februari 28, 2010

PENJODOH BILANGAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nelayan itu menangkap ikan di pinggir pantai dengan menggunakan se__________ jala.

A helai
B rawan
C keping
D bidang

2 Pak Din menebang beberapa __________ buluh untuk dibuat galah.

A batang
B berkas
C ruas
D rumpun

3 Adik mandi menggunakan se__________ sabun.

A potong
B cucuk
C ketul
D biji

4 Puan Maria membeli beberapa __________ majalah daripada kedai runcit Encik Abu.

A biji
B helai
C lembar
D naskah

5 Se__________ pengganas komunis telah berjaya ditumpaskan dalam serangan itu.

A baris
B pasukan
C kumpulan
D gerombolan

6 Nelayan itu sedang menyirat se__________ jala yang koyak.

A rawan
B lembar
C gelung
D gulung

7 Encik Azman merupakan se__________ guru yang berdedikasi.

A orang
B kawan
C kelompok
D gerombolan

8 Kakak menangis akibat tercucuk __________ jarum peniti di atas lantai.

A serangkai
B sepucuk
C sebilah

9 Tiga __________ kenderaan telah terlibat dalam kemalangan ngeri itu.

A biji
B buah
C baris
D keping

10 Jamal menggunakan se__________ tali untuk mengikat buluh-buluh itu.

A utas
B untai
C rawan
D potong

11 Aini memasukkan beberapa __________ bawang ke dalam masakannya.

A potong
B kerat
C hiris
D titik

12 Adik telah tertelan se__________ guli ketika bermain.

A biji
B ketul
C gugus
D bentuk

13 Ibu membeli beberapa __________ petai untuk dimasak sambal tumis.

A tangkai
B papan
C ikat
D biji

14 Sebelum pergi mengail, Husin membeli beberapa __________ mata kail.

A bentuk
B batang
C bilah

15 Emak memasukkan __________ garam ke dalam kawah gulai.

A segenggam
B sejemput
C secubit
D sekepal

16 Bapa Lim telah membeli beberapa __________ limau sempena Tahun Baru Cina.

A tangkai
B gugus
C kotak
D biji

17 Pak Mail mengutip beberapa __________ cendawan yang tumbuh di atas busut.

A kaki
B tangkai
C kuntum
D jambak

18 Puan Arina memasukkan se__________ garam ke dalam gulai yang sedang dimasaknya.

A genggam
B kepal
C cubit
D kaki

19 Pak Aziz menggunakan se__________ kapak untuk menebang pokok kelapa itu.

A biji
B butir
C bilah
D batang

20 Kakak membeli beberapa __________ kain tudung di kedai kain itu.

A pasang
B gulung
C keping
D helai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan