Ahad, Februari 28, 2010

SINONIM

1 Banda raya Kuala Lumpur lengang pada musim perayaan.
Perkataan seerti bagi lengang ialah

A sepi
B suka
C sedih
D bosan

2 Pokok-pokok bunga itu disiramnya dengan air baja.
Perkataan seerti bagi disiram ialah

A disimbah
B direndam
C direnjis
D dipancut

3 Kakak pergi melawat kawannya yang sakit di hospital.
Perkataan seerti bagi melawat ialah

A menolong
B menziarahi
C bertandang
D berkunjung

4 Murid Tahun Empat Cemerlang beratur di luar bilik darjah.
Perkataan seerti bagi beratur ialah

A berbaris
B bergerak
C berkawan
D berkumpul

5 Masri dan New Kee How terpesona melihat keindahan waktu senja di tepi pantai.
Perkataan seerti bagi terpesona ialah

A terpukau
B tersentak
C terdiam
D tertipu

6 Ayah memangkas rumput-rumput itu sebulan sekali.
Perkataan seerti bagi memangkas ialah

A mencencang
B mencantas
C menghiris
D mengerat

7 Perut Pak Abu semakin gendut semenjak berat badannya bertambah.
Perkataan seerti bagi gendut ialah

A genit
B gebu
C besar
D buncit

8 Wak Kasnan menanak nasi sekawah lagi untuk dijamu kepada dua ratus orang tetamu jemputan.
Perkataan seerti bagi menanak ialah

A menjerang
B mengukus
C merebus
D memasak

9 Panglima Awang bukan sahaja gagah malah cekap pula bermain senjata.
Perkataan seerti bagi cekap ialah

A pesat
B cergas
C pantas
D tangkas

10 Mak Limah menjual nasi lemak sebagai punca pendapatannya.
Perkataan seerti bagi punca ialah

A cara
B dana
C saham
D sumber

11 Saya tidak menduga bahawa Ali yang mendapat tempat pertama.
Perkataan seerti bagi menduga ialah

A berfikir
B mengharap
C menyangka

12 Mak Limah sangat bimbang kerana anak bongsunya belum pulang lagi.
Perkataan seerti bagi bimbang ialah

A risau
B sedih
C hampa
D gembira

13 Encik Aziz berhajat untuk membawa anak dan isterinya menunaikan umrah pada tahun hadapan.
Perkataan seerti bagi berhajat ialah

A bersedia
B berharap
C berhasrat
D berkemampuan

14 Kita perlu memiliki jantung yang sihat.
Perkataan seerti bagi memiliki ialah

A memodali
B mempunyai
C menghendaki

15 Cikgu Ali menerangkan kepada murid-muridnya tentang cara-cara untuk membina ayat yang baik.
Perkataan seerti bagi menerangkan ialah

A menyiarkan
B melafazkan
C mengatakan
D menjelaskan

16 Dia mengucup dahi anaknya puas-puas sebelum memulakan perantauannya.
Perkataan seerti bagi mengucup ialah

A mencium
B menghidu
C menyedut
D menghisap

17 "Adik, jangan makan. Makanan itu sudah basi," kata Kak Midah kepada Hamdan.
Perkataan seerti bagi basi ialah

A busuk
B lama
C tengik
D hapak

18 Tiang lampu itu bengkok kerana dilanggar oleh lori petang semalam.
Perkataan seerti bagi bengkok ialah

A serung
B condong
C belok
D lengkung

19 Kami sekeluarga tinggal di Taman Permata.
Perkataan seerti bagi tinggal ialah

A datang
B duduk
C pergi
D lalu

20 Sekolahnya dekat dengan sawah padi.
Perkataan seerti bagi dekat ialah

A sempit
B jauh
C lebar
D hampir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan