Ahad, Februari 28, 2010

KATA NAMA 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sekumpulan peserta perkhemahan terpaksa menyusuri __________ di dalam hutan tebal untuk pulang ke tapak perkhemahan.

A laluan
B denai
C lorong
D jalan


2. Binatang buas seperti singa dan harimau mempunyai __________ yang sangat tajam dan kuat.

A misai
B geraham
C mulut
D taring


3. Karim pengsan setelah __________nya terhantuk pada bucu meja itu.

A hati
B otak
C kepala
D jantung


4. Abang memesan beberapa naskhah __________ kerja daripada syarikat Fajar Bakti.

A buku
B majalah
C kamus
D akhbar


5. Harga satu __________ nasi kosong biasanya RM1.00.

A cawan
B mangkuk
C gelas
D pinggan


6. __________ itu mendengus apabila harimau mendekatinya.

A Ular
B Gajah
C Kerbau
D Serigala


7. Rumah Haji Masdor telah disita kerana lima tahun tidak membayar __________ kepada pihak majlis perbandaran.

A sewa
B cukai
C denda
D tambang


8. Datuk bersandar pada sebatang __________ selepas makan tengah hari.

A tiang
B atap
C beranda
D dinding


9. Ayah memesan kepada ibu supaya membeli beberapa naskhah __________ di kedai itu.

A gambar
B tikar
C akhbar
D kertas


10. Siti Sarah mendapat pelbagai __________ apabila menyertai kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

A hasil
B manfaat
C ganjaran
D hadiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan