Ahad, Februari 28, 2010

PETIKAN 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamaluddin bin Muhammad lebih terkenal dengan nama penanya, Keris Mas dalam bidang penulisan. Beliau ialah seorang cerpenis terkemuka selepas Perang Dunia Kedua dan boleh dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu moden.

Keris Mas merupakan anak jati negeri Pahang yang mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima. Beliau sepatutnya memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar setelah memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh sebab Maktab Melayu Kuala Kangsar dikhaskan untuk golongan bangsawan sahaja, maka Keris Mas tidak berpeluang belajar di situ. Lantaran itulah maka Keris Mas melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam, Padang Panjang, Sumatera.

Pada tahun 1947, Keris Mas mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura sebagai pengarang di akhbar Utusan Melayu. Di sini, beliau telah berjaya menjadikan majalah Mestika sebagai bahan bacaan yang menjadi pilihan orang ramai.

Pada tahun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan di Johor Bahru dan Keris Mas telah menjadi pengarang umum. Pada tahun 1971 beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera serta bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarang majalah-majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Pada tahun 1977 beliau bersara daripada jawatan tersebut.

Kamaluddin bin Muhammad telah berjaya menghasilkan kira-kira 69 buah cerpen. Hasil penulisan sastera beliau banyak berkisar tentang persoalan seperti cinta, kepincangan masyarakat, dan perjuangan kemerdekaan. Dua buah antologinya yang terkenal ialah 'Mekar dan Segar' dan 'Patah Tumbuh'. Mengenang akan jasanya yang besar dalam bidang sastera, beliau telah dianugerahkan Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan Sasterawan Negara yang pertama pada tahun 1981.



1 Keris Mas berasal dari negeri

A Johor.
B Pahang.
C Sumatera.
D Singapura.



2 Mengapakah Kamaluddin Muhammad tidak belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar?

A Kamaluddin tidak ada kelulusan.
B Ayahnya tidak mampu membiayainya.
C Terletak jauh dari tempat tinggalnya.
D Sekolah itu untuk anak orang bangsawan.



3 Bilakah Keris Mas memulakan tugas dalam bidang kewartawanan?

A 1947.
B 1956.
C 1971.
D 1977.


9 Jawatan terakhir Kris Mas ialah

A pejuang sastera.
B Ketua Pengarang.
C pengarang umum.
D Sasterawan Negara.



10 Apakah maksud rangkai kata cerpenis terkemuka dalam petikan?

A Pengarang terkenal.
B Cerpen yang ada muka.
C Penulis cerpen yang termasyhur.
D Pengarang yang sangat dibanggakan.

2 ulasan: