Ahad, Februari 28, 2010

PERIBAHASA

si tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Haikal dimarahi oleh gurunya kerana dia membuat kerja itu sambil lewa sahaja seperti __________.

A buntal kembong.
B abu di atas tunggul.
C menghitung bulu kambing.
D melepaskan batuk di tangga.

2 Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Amin hidup __________.

A ringan tulang
B sebatang kara
C nyawa-nyawa ikan
D berat tulang

3 Pergolakan yang sedang berlaku di Iraq dan Palestin menyebabkan banyak rakyatnya yang __________.

A mati celik
B mati kutu
C mati akal
D mati katak

4 Pegawai penguatkuasa yang __________ itu telah diambil tindakan.

A otak cair
B buruk siku
C makan suap
D jinak merpati

5 Perbalahan antara Pak Ali dan adiknya Samad telah berakhir. Ini kerana __________.

A bapa borek, anak rintik
B air ditetak tak akan putus
C nasi sudah menjadi bubur
D bagaimana acuan, begitulah kuihnya

6 Mak Bedah terlalu sedih __________ apabila mendengar anak bongsunya ditangkap kerana terlibat dengan penagihan dadah.

A seperti ikan kena tuba
B seperti kaca jatuh ke batu
C seperti kambing dengan harimau
D takkan pisang berbuah dua kali

7 Melibatkan diri dengan najis dadah adalah seperti __________.

A sudah jatuh ditimpa tangga
B menjolok sarang tebuan
C mengajar itik berenang
D ular kena palu

8 Ayah Marwan menasihatinya berkali-kali supaya berhenti merokok tetapi nasihat itu seperti __________.

A sudah jatuh ditimpa tangga
B sarang tebuan jangan dijolok
C takkan pisang berbuah dua kali
D masuk telinga kanan keluar telinga kiri

9 Mak Cik Som yang keluar dari hospital itu kelihatan lemah sekali __________.

A seperti sampah hanyut
B seperti duduk di dalam duri
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai lintah menghisap darah

10 Kamu tidak usah takut, dia hanya __________. Badan sahaja besar tetapi penakut.

A umpama buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang
B seperti harimau menyembunyikan kukunya
C seperti embun di hujung rumput
D laksana lembu kasi

11 Pasukan askar kerajaan terus menggempur beberapa gerombolan pemberontak dengan serangan mortar __________.

A seperti bertih digoreng
B seperti lintah menghisap darah
C seperti embun di hujung rumput
D umpama pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri

12 "Cadangan yang diberikan oleh Hang Nadim itu nampaknya __________ juga," kata Bendahara.

A otak udang
B otak kering
C masuk akal
D masuk campur

13 Semua kakitangan kerajaan akan mendapat __________ pada penghujung tahun ini.

A duit kopi
B mata duitan
C wang saku
D durian runtuh

14 Pengadil itu diserbu oleh penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan.

A batu api
B atas pagar
C berat sebelah
D hidung tinggi

15 Walaupun sudah dihalau berkali-kali tetapi dia tetap datang juga, benarlah dia seorang yang __________.

A jiwa besar
B tahi minyak
C muka tembok
D setengah masak

16 Walaupun kamu gagal dalam ujian ini, kamu harus terus berusaha lagi sehingga kamu berjaya kerana __________.

A alah bisa tegal biasa
B alang-alang mandi biar basah
C sediakan payung sebelum hujan
D air tenang jangan disangka tiada buaya

17 Penjual-penjual di Pasar Siti Khatijah berhubung dengan pelanggan mereka dengan menggunakan __________.

A lidah pendeta
B bahasa pasar
C harga mati
D buah pena

18 Abang sulungnya bertindak __________ kerana masih mahukan bahagian adiknya walaupun harta pusaka bahagiannya telah diberi.

A bagai ayam dimakan tungau
B laksana batik lasam
C laksana lembu kasi
D seperti Belanda minta tanah

19 Kakak membeli dua bungkus __________ di kedai Mamat untuk sarapan pagi.

A nasi putih
B nasi lemak
C nasi campur
D nasi kawah

20 Murid-murid __________ semasa menjawab soalan-soalan UPSR baru-baru ini.

A mandi peluh
B buah fikiran
C memerah otak
D berpeluk tubuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan